Ilmu dan kemahiran memadam kebakaran yang betul dalam komuniti terutamanya di rumah panjang dapat mengelak dari kemalangan yang lebih teruk berlaku.<br /><br />Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata tahap kepeduliaan yang tinggi di kalangan komuniti mampu menangani kebakaran pada lima minit pertama kejadian.
